Kata pemimpin Umno Terengganu, Mat Said dijanjikan kekal jawatan MB oleh Datuk Seri Najib. Ia diumumkan Najib semasa mesyuarat majlis tertinggi Umno di Kuala Lumpur hujung bulan lalu, dakwa Ketua Penerangan Umno Terengganu, Datuk Senator Abdul Rahman Bakar. “Tidak akan ada pertukaran jawatan menteri besar. Kita berpegang kepada janji Datuk Najib. Datuk (Seri) Najib kata tidak akan tukar menteri besar Terengganu. “Kita nak percaya Datuk (Seri) Najib atau orang lain..Datuk Najib buat pengumuman ini dalam mesyuarat MT Umno dua minggu lalu,” kata Abdul Rahman lagi. Manakala, bekas Setiausaha Umno Dungun, Datuk Zaaba Mohd Adib juga penuh yakin Ahmad tidak akan ditukarkan. Beliau yang juga bekas exco kerajaan negeri Terengganu berkata, Najib sendiri berjanji akan mengekalkan Ahmad sebagai MB. “Saya tidak dengar sebarang perubahan baru selepas pengumuman perdana menteri itu. Pertukaran [...]
Continue reading...
The post Najib janji kekal jawatan Mat Said kata Umno Terengganu appeared first on EkELEH.COM.